Thursday, 29 November 2012

tolong jangan lupa GAZA

Posted by Unknown at 12:46 am
terkenangkan Gaza 
hati aku sakit . darah aku mendidih . suhu 
badan bertambah . marah punya pasal . 
kalau masih ada yang tak merasa ini . 
nampaknya bukan mata kau je buta . hati
kau pun sama . hati keras . kalah batu . 
hati keras . kalah besi . punyalah satu
dunia turut menangis kerana kejam zionis
kau pulak buat dek je . itu perkara biasa 
kata kau . istighfar aku dalam hati bila
dengar itu . kau lagi kejam dari zionis 
aku kira . butakan mata pekakkan telinga . 
bila sampai berita sengsara saudara 
seislam kau . aku tidak mahu doakan
yang buruk buat kau walau hati bengkak
fikirkan perihal kau . kerna nanti antara
aku dan zionis tiada beza kalau aku 
lakukan itu . jadi aku doa moga hati 
kau lembut disirami hidayah Allah . 
bangun dari terus menjadi si buta dan 
si pekak wahai kawan . 


notahati : siapa kawan yang dimaksudkan ? itu rahsia aku . pernah terfikir tak ujian ke atas Gaza sebenarnya adalah ujian kepada umat Islam yang lain jugak . Dendam zionis pada umat Islam takkan pernahnya nak berakhir . hari ni Gaza .  esok lusa sapa tahu entah entah negara kita pulak yang menjadi sasaran diorang . dunia zaman sekarang apa pun tak mustahil . 



0 comments:

 

ini cerita A.K.U Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review