Wednesday, 28 March 2012

SAYAKAKINOVEL

Posted by Unknown at 2:33 am
Time cuti ni lah SJ baru ada masa nak baca novel...last week je da 2 novel SJ habis kan.
First novel yang SJ habiskan ialah novel INGAT JANJI KITA karya MURNI AQILA
Novel ni pasal seorang perempuan yang bernama Adinida yang terpaksa jadi lelaki dan merahsiakan identiti dirinya yang sebenar.Hidup Adinida ni tersangatlah seksa sebab ada makcik yang tak macam manusia sebab apa SJ kata macam tu?sebab mak cik Adinida ni kejam yang tahap melampau kalo nak tau kenalah baca sendiri novel ni (^_^).Raimi, kawan si Adinida yang tak pernah tau pon dia ni sebenarnya perempuan dengan selamba deknya  suruh Adinida ni berlakon jadi makwe dia sebab tak nak kawin ngan perempuan pilihan atok dia, memang lintang-pukanglah hidup ADI..
Second novel yang berjaya SJ habiskan dalam masa 2 hari ialah novel TERASING karya HILAL ASYRAF

"Kebijaksanaan mereka tidak membuatkan mereka mampu berfikir akan kebesaran Allah SWT dan mengajak hati mereka untuk tunduk kepada-Nya.Bukankah itu menyedihkan?Akhirnya dunia sahaja berjaya ditatang,akhirat berciciran hilang."

Bagi SJ novel karya Hilal Asyraf ni best sebab padat dengan pengisian tentang Islam.Novel ni mengetengahkan kemanisan ukhuwah yang dibina atas nama Yang Esa.

"Sahabat"

"Janji aku dua perkara" (Zaman)

"Pertama,ingati aku dalam setiap doamu."

"Kedua?"(Saifullah)

"Kedua,kalau aku jatuh,hulurkan tanganmu kepadaku.Bila aku bengkok,kau luruskanlah aku"

"Jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu."

Novel Terasing membawa mesej,jangan mengasingkan diri daripada kawan yang soleh supaya tak terasing daripada hidayah Allah.Novel yang sangat bagus untuk dibaca tunggu apa lagi cepatlah beli novel ni (^_^)








0 comments:

 

ini cerita A.K.U Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review