salam sejahtera buat semua..
moga hari2 anda mendapat keredhaan daripadaNya
tak banggakah menjadi seorang muslim?...
tak banggakah menjadi anak melayu?...
SJ sengaja membangkitkan persoalan ini..mengapa?
fikir-fikirkanlah...dunia semakin huru-hara terutamanya dunia Melayu...kerana apa?
kerana ramai anak Melayu yang dah lupa diri...lupa asal-usul..lupa agama mereka..
ya... ramai yang mengaku mereka beragama Islam tetapi Islam hanya pada nama
budaya barat menjadi pilihan...halal haram sudah tidak ada bezanya...
disco...tempat2 hiburan menjadi destinasi kononnya untuk mencari ketenangan..
menggantikan masjid dan surau yang sepatutnya menjadi destinasi wajib...
bangga dengan budaya barat yang menghalalkan apa yang haram....
budaya islam yang indah ditolak jauh2
budaya timur yang mementingkan kesopanan dipandang sebelah mata...
anak2 yang beginikah diharapkan dapat menjadi seorang pemimpin kelak..
anak2 yang beginikah diharapkan dapat mempertahankan agama Islam...
anak2 yang baginikah diharapkan dapat mempertahankan kemerdekaan negara..
negara kita memang merdeka tetapi dari luarannya sahaja..hakikatnya kita masih dijajah...
musuh Islam sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan umat Islam..
buktinya sudah jelas tidak perlu lagi diberi penjelasan..
peperangan ke atas negara Islam tidak pernah menemui titik noktah..
kanak2 dan wanita Islam menjadi mangsa...
ramai yang syahid untuk membela agama dan negara..
SJ percaya kalaulah anak melayu yang mengaku Islam berterusan diulit kesenangan ini tidak bangkit..masih tidak sedar diri..
tidak mustahil satu saat nanti nasib kita juga akan seperti mereka...
fikir-fikirkanlah wahai anak2 Melayu yang Islam..
tanya pada diri anda...
anda hidup kerana siapa...
apa matlamat hidup anda sebagai seorang anak Melayu yang Islam..
adakah anda hidup semata-mata untuk mengejar keseronokan dan kejayaan di dunia sahaja....
SJ pernah terbaca..
jika kita mahu tahu keadaan 5 atau 10 tahun akan datang lihat apa yang kita lakukan hari ini..
...maksudnya apa yang kita lakukan hari ini mencorak masa hadapan kita...
jadi terpulanglah kepada kita bagaimana mahu mencorak masa hadapan kita..
baikkah atau burukkah...
fikir-fikirkanlah.......

0 comments:
Post a Comment