Friday, 30 December 2011

Pangkor Mariiiiii...

Posted by Unknown at 3:00 am 4 comments
 Last week SJ pegi Pangkor..memang excited abis r..al maklumlah tak penah pegi sana..orang cakap Pangkor best sebab tempat dye cantik..memang tak rugi r kalo korang pegi sana..mcm2 ada (ceewahh ni namanya promoter x bertauliah hehe)before pegi Pangkor sempat gak SJ pegi i-city kat shah alam tu tdo semalam kat umah mak ngah then esok tu lak  pegi umah cousin kat Sri Manjung..Da alang2 sampai sana apa lagi kita orang serbu Teluk Batik la pulak kan..Esok tu baru gerak pegi Pangkor..fuhh letih tak payah cakap r..balik umah je terus cari bantal..
ni adalah dua tiga gambar yang SJ snap khas utk buat korang jealous (^_^)..

pic ni masa kat i-city


ni lak kat teluk batik

kat pangkor


Pangkor

Tuesday, 20 December 2011

Posted by Unknown at 1:14 am 0 comments
yang cute tu syikin my classmate merangkap roommate jugak yang sebelah tu erm err sape ek..SJ lah (^_^)

Monday, 19 December 2011

Mencarut tu macho ke?!

Posted by Unknown at 8:07 pm 0 comments
Macam yang da tertulis kat atas tu mencarut tu macho ke(question mark banyak2)..bagi SJ serius tak macho langsung.Terus terang SJ cakap telinga ni memang panas kalo dengar brother2 kat luar sana tu sesedap mulut diorang je nak mencarut..Kat tempat awam lak tu..Contoh "S*** la lu ni", " Macam b*** r" tak pon "p***** mak ko r".. ni  antara contoh ayat yang memang diorang suka sangat pakai.Ada lagi terok daripada ni.SJ memang tak penah guna perkataan2  INDAH ni kat sesape pon even masa tengah marah tahap dewa 18 pon tapi kekadang terkeluar gak tu pon still dalam kawalan lagi... lagi sekali SJ ulang MENCARUT MEMANG TAK MACHO...bukan brother2 je yang suka mencarut even gadis2 pon suka buat benda ni..Apesal?! ingat cun ke? ingat hebat ke..lagi2 kalo si gadis tu bertudung litup..cuba bayangkan jap..memang huduslah gua cakap kat lu..kan ke bagus guna perkataan2 yang sopan lagi sedap didengar..telinga tak sakit, hati tak sakit hidup pon hari2 ceria..SJ memang tak kesah kalo korang nak cakap " ek eleh minah ni tak rock r" tak pon " ek elah minah ni kolot giler" SJ memang tak kesah coz SJ memang kolot bab2 macam ni..SJ memang alergik ngan manusia2 spesies yang suka mencarut ni..cam takde benda lain je nak cakap..So lepas ni terpulang la kat korang sendiri macam mana nak nilai benda ni.SJ arap sangat korang nilai perkara ni dengan mata hati korang jangan nilai pakai mata kepala korang je.Lepas ni kalo ade antara kawan2 korang yang gatal mulut sangat nak mencarut jangan segan2 jangan malu2 tepuk bahu diorang pastu cakap kat diorang pahala da banyak sangat ke then bagi ceramah sikit..bukan ke pesan memesan ke arah kebaikan dituntut dalam agama kita.(^_^).

Wednesday, 14 December 2011

ILLustration class

Posted by Unknown at 1:51 am 0 comments
Bagi student graphic mcm SJ ni word "illustration" memang tak dapat nak dipisahkan.Apa tu illustration?(carik sendiri kat kamus )..bagi SJ illustration class(GDT 153) adalah antara class yang paling mencabar.Kerana ianya mencabar keupayan seseorang student dalam menggunakan pelbagai technique dan medium dalam menghasilkan sesuatu illustration yang menarik lagi gempak.ni antara contoh assignment yg perlu kami (student sem 2 graphic)  siapkan dan deadline utk assignment ni adalah pada 20 Dec which is next week..ggrrr..First task kteorang utk class ni adalah kteorang kene buat basic rendering dengan menggunakan pensil,pen dan marker.

ni antara contoh rendering yang menggunakan pensil
ni juga menggunakan pensil

ni pula adalah contoh rendering menggunakan pen
contoh rendering yang menggunakan marker..nilah problem utama yang dihadapi student termasuklah SJ sendiri.sbb?kteorang memang lemah nak blending colour guna marker.Bagi korang benda ni memang kacang tahap dewa tapi kalo task ni pon kteorang tak pas memang parah..teringat ayat lecturer pagi tadi task yang kteorang tengah buat ni juz warm up je..so korang paham2 je la kan..sekarang 1.47 am mata memang da layu tahap tak hingat next time SJ share lagi cite best2 pasal GRAPHIC (^_^)













Thursday, 24 November 2011

Posted by Unknown at 9:45 pm 0 comments
Mesti ada yg pelik bile baca blog ni kan2
sekarang pemilik blog ni dah tukar nama panggilan 
from "gadis" to "SJ"
kenapa?
sebab mungkin sekarang nama tu sesuai utk SJ yg 
sekarang ni berumur 18 then cuba bayangkan kalo SJ da berumur 40 dan dah ada anak
rasanya nama tu mcm dah tak sesuai lagi nak digunakan (Haha alasan yg tah pape)
oky SJ tu adalah singkatan daripada nama blog niy jugak iaitu Simfoni Jiwaku.
okylah SJ kena out dulu ni ada meeting kolej la pulakkan..

*suka dengan nama panggilan yang baru ni (^_^) 

Saturday, 19 November 2011

Susah ke nak faham seseorang tu..

Posted by Unknown at 3:45 am 0 comments
-mengarang sambil layan lagu budak cute ni Greyson Chance..waiting outside the line-
 tiba-tiba terfikir sesuatu
erm..susah ke nak memahami diri seseorang tu
berapa lama kita perlukan untuk kite betul2 memahami isi hati dia,kesukaan dia,apa yang dia minat,apa yang dia benci,masalah yang dihadapinya..ada kah kita memerlukan selama
1 minit?
1 jam?
1 tahun? atau
seumur hidup kita untuk memahami seseorang tu..
apakah kita memerlukan sebarang syarat untuk memahami seseorang tu?
tapi bagi SJ kita tidak boleh menyimpan hasrat yang terlalu tinggi untuk mengharapkan seseorang tu faham kita 100% sebab manusia bukan makhluk yang sempurna..
tapi tak salah sekiranya kita cuba untuk menjadi seorang pendengar yang baik
mendengar luahan hatinya..
berkongsi suka dan duka..
itu sudah  lebih dari cukup..
(^_^)

Tuesday, 11 October 2011

LoVE

Posted by Unknown at 5:34 am 0 comments

first we need the LOVE
take a look at this vid
fuhh penat edit (^_^)

Native Deen

Posted by Unknown at 2:47 am 0 comments
 Native Deen..
who Native Deen?
okey sesape yang tak kenal lagi sape Native Deen ni SJ dengan berbesar hati nak kenal kan korang dengan group niy..
Native Deen  Islamic musical group from Washington.Native Deen guna Hip Hop style dalam music.Group ni guna 'percussion instument' and 'synthetic sound'.Wht's intereting about them?
 group ni tak guna langsung string instrument masa hasilkan lagu.Lagu2 diorang memang best dan banyak mesej yang berguna untuk para remaja islam kat luar sana.Lagu2 diorang banyak menggubah pandangan umum tentang islam.terutama di negara barat."Deen" dalam Bahasa Arab means agama atau way of life.Anggota Native Deen terdiri drpd 3 orang anak muda Joshua Salaam,Naeem Muhammad dan Abdul-Malik Ahmad.They identify themselves as muslims n wear traditional islamic dress macam kufis dan shalwar kameez.Group Native Deen ni sudah menjadi terkenal dikalang remaja di North America dan semakin dikenali di serata dunia.Antara lagu2 yang berjaya menaikkan nama group ni ialah Intention,Paradise dan Not Afraid to stand alone.
Rasa nya tak rugi kalau korang try dengar lagu2 Native Deen.
kalo nak tau lebih lagi pasal Native Deen ni jom g website diorang nativedeen.com





































niy lagu not afraid to stand alone..so enjoy! (^_^)
salam...

Monday, 18 July 2011

New life

Posted by Unknown at 3:07 am 0 comments
Mula2 nak minta maaf dari hujung rambut sampailah hujung jari kaki sebab dah berabad SJ tak update blog ni..bukan sengaja tapi tidak disengajakan..okay buat pengetahuan semua sekarang SJ study di Uitm cawangan Melaka..nak lebih specific lagi, Uitm Alor Gajah,Melaka..SJ salah seorang student Art & Design ( Graphic Design and Digital Media)..atau AD111..dah nama pun student AD memang 24 jam busy dengan assignment..bila hari assessment nak dekat lagi bertambah-tambah busy lah jawabnya..bila masuk " U " ni boleh dikatakan 100% life SJ berubah..mane tak nya dulu SJ student pure science( sekolah menengah dulu) sekarang jadi student art...dulu otak ni penuh dengan biologi..add maths..sekarang otak tepu dengan graphic..drawing...yang buat lagi parah ingatkan bila masuk " U " tak belajar sejarah lagi rupa2 nya ada jugak  ( history of art)...betullah kata orang kite ni memang tak boleh lari dari sejarah..erm apa nak buat kalau kita dah minat sesuatu tu..buat lah macam mana pun tetap tak jadi juga..tapi best apa kalau dapat study something yang kita minat tak rugi pun.. ilmu jugak..setuju?





Saturday, 7 May 2011

Posted by Unknown at 9:07 am 0 comments


time ni memang xde idea nak cakap pasal apa.. so layan je lah video comel ni..

Saturday, 9 April 2011

Faceblog

Posted by Unknown at 4:12 pm 3 comments
Faceblog..mcm combination antara facebook dan blogkn..
sebenarnya faceblog fungsinya mcm facebook jugak iaitu menjalinkan hubungan
yg lebih erat antara para blogger diseluruh Malaysia..faceblog juga mempunyai tema yg seakan-akan sama dgn tema facebook iaitu sertailah kami dan bersama kita memeriahkan dunia blog Malaysia..faceblog ni diwujudkan juga untuk membantu para blogger yg baru berjinak-jinak dalam dunia blogging ni...bagi yg sudah ada blog dan berminat utk menyertai faceblog sila klik di sini

Masuk Islam kerana seluar dalam??

Posted by Unknown at 1:48 pm 3 comments

salam semuanya...buku ni SJ beli masa teman atok pegi Hospital Besar Melaka..
harga buku ni RM 3.50 dan setebal 64 m/s...
bukan harga buku murah yg buat SJ tertarik nak beli buku ni tapi kandungannya yg menarik..antara cerita yg berjaya menarik perhatian SJ untuk dikongsikan bersama dalam blog ni ialah cerita bagaimana seorang mak cik ni masuk islam hanya disebabkan seluar dalam..menarik bukan..pelik memang pelik tapi hidayah kalau Allah nak bagi tak kira cara...Kisah ni disampaikan oleh Doktor Saleh seorang tenaga pengajar di semua maktab(rasanya bukan dalam negara kita)..seorang mak cik tua kerjanya mencuri pakaian mahasiswa Inggeris,termasuklah pakaian dalam mereka..Pada satu hari mak cik tua ni memberitahu kehairanannya dengan Doktor Saleh..Mak cik ni perasan ada beberapa seluar dalam yg dia curi yg tidak berbau,tidak seperti seluar dalam mahasiswa yg lain..Apa sebabnya??Dr.saleh pon bagi tahu kat mak cik tu yg seluar dalam tu milik seorg mahasiswa yg beragama Islam..Agama Islam mengajar umatnya bersuci setiap kali selesai buang hajat..Tak kira la hajat besar ke hajat kecik..
mak cik tua tu terpegun dgn ajaran Islam dan tak lama lepas tu mak cik tua tu pon masuk Islam...
satu kisah yg sngt menarik..sebenarnya byk lagi kisah2 menarik dlm buku ni..antaranya "masuk islam setelah lihat iklan di bas".."mengapa org Yahudi Bijak".."al-Quran tiru Bible" byk lah..kalau nk tahu cerita2 dlm buku ni SJ syorkan belilah buku ni segera ye..(^_^)



Monday, 4 April 2011

ReAD tHis_3

Posted by Unknown at 10:41 pm 3 comments
" Ramai manusia yang benci kepada perpisahan
tapi kadang-kadang perpisahan itu jua yang
menjadi pengubat...

Ya..apabila terjadinya perpisahan
timbul lah rasa sakit
apabila timbul rasa itu maka terbitlah
rasa rindu dan tenggelamlah rasa benci...
saat itulah baru kita menghargai kehadirannya selama ini

sesungguhnya apa yang ditakdirkan ALLAH S.W.T
pasti ada hikmahnya"

* SJ tujukan pada semua yang mengenali diri ini..

Tuesday, 22 March 2011

Laskar Pelangi

Posted by Unknown at 9:04 pm 0 comments
Cerita yang sungguh menarik..punya mesej yang tersendiri
cerita tentang Ikal,Lintang,Haru,anak-anak miskin yang lain dan sekolah mereka..Sekolah Rendah Muhammadiyah..anak2 yang punya cita2 dan semangat yang luar biasa
Cikgu Muslimah dan Cikgu Harfan..
Cikgu2 mereka juga punya semangat yang luar biasa..
cerita ni buat SJ insaf dan bersyukur kepada ALLAH S.W.T betapa jauhnya perbezaan antara SJ dan anak2 miskin itu..
mereka punya semangat yang sungguh luar biasa
mereka punya impian dan azam yang tinggi
walau kelihatannya seperti suatu yang mustahil untuk digapai
tapi mereka tidak pernah menyerah

"Ingat kita haruslah banyak-banyak memberi daripada banyak-banyak menerima"
lebih kurang macam nilah nasihat yang selalu diberikan Cikgu Harfan kepada anak2 murid kesayangannya..

lagu "laskar Pelangi" pun SJ suka..
lagu yang indah..punya maksud yang tersirat..mengajar kita bersyukur..

"...menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah syurga bersyukurlah pada yang kuasa cinta kita di dunia..selamanya.."
antara lirik yang SJ suka dalam lagu ni..








Friday, 25 February 2011

Tak banggakah menjadi seorang muslim..Tak banggakah menjadi anak Melayu

Posted by Unknown at 10:50 am 0 comments
salam sejahtera buat semua..
moga hari2 anda mendapat keredhaan daripadaNya
tak banggakah menjadi seorang muslim?...
tak banggakah menjadi anak melayu?...
SJ sengaja membangkitkan persoalan ini..mengapa?
fikir-fikirkanlah...dunia semakin huru-hara terutamanya dunia Melayu...kerana apa?
kerana ramai anak Melayu yang dah lupa diri...lupa asal-usul..lupa agama mereka..
ya... ramai yang mengaku mereka beragama Islam tetapi Islam hanya pada nama
budaya barat menjadi pilihan...halal haram sudah tidak ada bezanya...
disco...tempat2 hiburan menjadi destinasi kononnya untuk mencari ketenangan..
menggantikan masjid dan surau yang sepatutnya menjadi destinasi wajib...
bangga dengan budaya barat yang menghalalkan apa yang haram....
budaya islam yang indah ditolak jauh2
budaya timur yang mementingkan kesopanan dipandang sebelah mata...
anak2 yang beginikah diharapkan dapat menjadi seorang pemimpin kelak..
anak2 yang beginikah diharapkan dapat mempertahankan agama Islam...
anak2 yang baginikah diharapkan dapat mempertahankan kemerdekaan negara..
negara kita memang merdeka tetapi dari luarannya sahaja..hakikatnya kita masih dijajah...

musuh Islam sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan umat Islam..
buktinya sudah jelas tidak perlu lagi diberi penjelasan..
peperangan ke atas negara Islam tidak pernah menemui titik noktah..
kanak2 dan wanita Islam menjadi mangsa...
ramai yang syahid untuk membela agama dan negara..
SJ percaya kalaulah anak melayu yang mengaku Islam berterusan diulit kesenangan ini tidak bangkit..masih tidak sedar diri..
tidak mustahil satu saat nanti nasib kita juga akan seperti mereka...
fikir-fikirkanlah wahai anak2 Melayu yang Islam..
tanya pada diri anda...
anda hidup kerana siapa...
apa matlamat hidup anda sebagai seorang anak Melayu yang Islam..
adakah anda hidup semata-mata untuk mengejar keseronokan dan kejayaan di dunia sahaja....

SJ pernah terbaca..
jika kita mahu tahu keadaan 5 atau 10 tahun akan datang lihat apa yang kita lakukan hari ini..
...maksudnya apa yang kita lakukan hari ini mencorak masa hadapan kita...
jadi terpulanglah kepada kita bagaimana mahu mencorak masa hadapan kita..
baikkah atau burukkah...

fikir-fikirkanlah.......








Sunday, 9 January 2011

MalaySIA Vs InDonEsia

Posted by Unknown at 2:58 am 0 comments


salam-
waa da lame rasenya tak jenguk blog niy...rindu pon ada lepas SPM niy SJ duk umah jew tak g mane2..tapi SJ ada cite sikit..baru2 niy SJ ada join pasukan konvoi Melaka(hehe main2 jew) g Stadium Bukit Jalil menyaksikan perlawanan bola sepak( yang sebenar-benarnya merupakan pengalaman pertama SJ menyaksikan perlawanan bola sepak secara live)..perlawanan antara MALAYSIA DAN INDONESIA..dan SJ sangat excited al maklumla first time dalam hidup g Stadium Bukit Jalil..konvoi kami bertolak dari Melaka kira2 pukul 9 pagi dan sampai di Klang waktu makan tengah hari..kami menginap di rumah saudara di Klang(safe money maa..x yah sewa bilik hotel makan pon free la jawabnya..)

lepas makan..lepas solat..konvoi kami pon gerak seawal jam 5.30 petang(bukan ape takut jalan sesak kang tempat parking pon x de)..kedatangan kami disambut oleh keriuhan dan hiruk-pikuk daripada ribuan penyokong Malaysia dan Indonesia..paling ketara sekali da tentulah penyokong Malaysia yang ternyata terlebih bersemangat..sampaikan SJ yg bukan gila bola niy pon dapat rasa bahangnya..agak2 nak dekat jam 7 malam para penyokong da mula bersesak2 nak masuk dalam stadium..dan yg paling malang sekali kaum hawa mcm SJ niy yang gatal sangat nak g tengok perlawanan bola niy kat stadium terpaksa bersesak-sesak gak dengan kaum adam yang ternyata bilangannya lagi ramai daripada kaum hawa.. SJ anggarkan "ratio"nya 6:1..apa2 pon  SJ akan pikir dua kali sebelum buat keputusan nak g tengok bola sepak kat stadium next time..(tobat2)

suasana di dalam stadium dua kali ganda meriahnya..suasana yang SJ memang tak pernah lalui sebelum ini..penyokong Malaysia tersangatla bersemangat malam tu termasukla my daddy..macam2 yang jadi sepanjang perlawanan berlangsung..adegan penyokong baling botol la..adegan lazerla..yang paling membuatkan penyokong marah bila tetiba jew perlawanan di hentikan sebab penjaga gol Indondesia tak puas hati sebab ada penyokong Malaysia yang halakan pancaran laser betol2 kat muka dia(memang tak patut betol r sape yg wat tu nk jew SJ sound)..tapi walau ape pun penyokong Malaysia pulang dengan hati yang gembira dan puas sebab Pasukan Malaysia berjaya tumpaskan Indonesia dengan jaringan 3-0..kira berbaloi la SJ g sana..

sempat gak la konvoi kami bergambar di sana..sebagai kenangan...okay la sampai di sini je dulu SJ pon da penat nak taip niy..agak panjang jugak la post SJ kali ini..jumpa lain kali....












 

ini cerita A.K.U Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review