Saturday, 3 April 2010

Dari sekecil makhluk hingga sebesar makhluk semuanya memuji Allah

Posted by Unknown at 11:54 pm
Assalaamu’alaikum w.b.t.........Tiada yang mustahil jika Dia berkehendakan yang sedemikian.. Semoga saudara2 agama lain pun mendapat pengajaran darinya insyaAllah
Allah telah menunjukkan kepada kita semua terlalu banyak bukti tentang kewujudannya termasuklah Nama-nama Allah pada bermacam makhluk. Kebanyakan bukti tersebut hanya dapat dilihat dengan menggunakan akal yang dianugerahkan terhadap ciptaanNya yang terbaik iaitu manusia.
Dari alam mikro hinggalah ke alam makro, daripada sekecil2 makhluk iaitu ATOM, hingga sebesar2 makhluk seperti matahari dan bintang2 lain yang lebih besar seperti Antares dan sebagainya, semuanya membuktikan kewujudan Allah dan bertasbih memujiNya.
“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Hadid : Ayat 1Konsep ATOM, di mana Elektron dikelilingi oleh Neukleus (Proton dan Neutron) adalah sama dengan konsep planet2 mengelilingi matahari dalam sistem suria kita, begitu juga dengan sistem suria kita pula beredar mengelilingi Galaksi Bima Sakti dan begitulah seterusnya. Sungguh amat luas alam semesta ini, tiada siapa yang dapat menjangkaunya melainkan Allah S.w.t.
Bagaimana semua itu dapat beredar di dalam paksi dengan elok sekali, tanpa lari dari garisan orbitnya dan melencong ke arah lain? Sudah tentu lah ada yang mengawalnya.
Konsep ATOM, planet2 dan sistem suria tadi sama lah konsepnya dengan umat Islam tawaf di Kaabah di Kota Mekah Al Mukarramah. Umat Islam tawaf mengelilingi Kaabah sambil memuji2 Allah , maka begitu juga lah Atom, planet2 dan sistem suria tadi, semuanya beredar di atas paksi (tawaf) sambil memuji2 Allah.
Maka sekaligus sains sendiri telah membuktikan kebenaran ayat2 dalam AlQuran tersebut. Sesungguhnya segala makhluk di dunia ini bertasbih memuji Allah, hanya kita sahaja yang tidak tahu bahasa mereka. Dan yang lagi sedihnya, hanya MANUSIA sahaja yang ramai tidak suka malah langsung tidak memuji Allah, terutamanya orang2 yang tidak beriman.
“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.” Surah Al Israa’ : Ayat 44

1 comments:

Anonymous said...

Salaamun alaikum. Ada sedikit pembetulan pada fakta berkenaan ATOM tu. Maaf lah, ada kesilapan teknikal dalam penulisan dulu. Yang sebetulnya seperti di bawah, harap maklum :)

"Konsep ATOM, di mana Elektron mengelilingi Neukleus (Proton dan Neutron) adalah sama dengan konsep planet-planet mengelilingi matahari dalam sistem suria"

 

ini cerita A.K.U Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review