Friday, 30 April 2010

Pengertian cinta

Posted by Unknown at 2:04 pm 0 comments
Cinta......
Ramai yang salah menafsir apa itu cinta..
Ramai juga yang tidak tahu apa itu cinta....
Ramai yang tidak tahu maksud sebenar di sebalik perkataan cinta...
Bagi mereka cinta hanyalah satu perkara yang dipandang enteng...

Bukan senang untuk mengerti apa itu cinta..
Bukan mudah untuk memahami maksud sebenar cinta sejati..
Kerana ianya lahir dari satu perasaan yang sukar untuk dimengertikan..
Tidak melalui kata-kata bicara..
Tapi daripada lirikan mata..
Dan bicara hati..

Cinta adalah penyatuan dua jiwa..
Dua jiwa yang ketandusan kasih sayang...
Cinta lahir tanpa paksaan..
Kehadirannya bagaikan hembusan angin..
Tiada siapa yang menyedari tentang kehadirannya...
Tetapi kehadiranya dapat dirasakan..

Cinta adalah pemberian Ilahi yang paling istimewa....
Cinta kepada manusia adalah kehendak naluri
Tapi.......................
Cinta yang terindah dan..
Cinta yang teragung adalah..
Cinta kepada yang Kudus.........

Friday, 9 April 2010

Posted by Unknown at 11:15 pm 0 comments
setiap pertemuan pasti ada perpisahan..itu la lumrah kehidupan..nak tak nak kita kena terima juga..SJ teringatkan teman sepermainan SJ sewaktu SJ berumur lima atau enam tahun..SJ tak pernah tahu nama teman SJ ni..SJ juz panggil diorang 'Abang dan Adik'..sebab parent diorang panggil diorang dengan nama tu..macam mane kiteorang boleh kenal?!..waktu tu parent SJ kerja masa tu SJ tinggal di Cheras,Kuala Lumpur..so SJ dijaga oleh jiran yang SJ panggil 'Mak dan Abah'..nak dijadikan cerita parent 'Abang dan Adik' niy pon antar diorang kat tempat yang sama...jadi setiap kali balik daripada tadika kiteorang slalu abis kan masa sama2..macam2 yang kiteorang buat..tapi sekarang semua tu tinggal kenangan jew..SJ tak pernah jumpa diorang lepas SJ dan keluarga pindah ke Melaka...SJ still ingat lagi muka dan baju yang diorang slalu pakai..yang sedihnya SJ tak ade satu pon gambar diorang hanya kenangan jew yang buat SJ rasa dekat ngan diorang..kat mana diorang ek..rindu sangat kat korang...SJ harap sangat one day Tuhan akan temukan SJ dengan Abang dan Adik.....Amin...


Sunday, 4 April 2010

Rahsia sebalik jenama NIKE

Posted by Unknown at 12:35 am 0 comments

Salaaam. Kita sedia maklum bahawa NIKE ialah satu jenama yang sangat popular sekarang terutamanya dalam pembuatan kasut. Tahukah anda rahsia di sebalik nama NIKE?

Apa makna NIKE??
Dalam mitos Greek kuno, NIKE ialah ‘Dewi kemenangan’ / The goddess of victory
Bagi orang-orang ROMAN pula, NIKE menjadi simbol kemenangan mengatasi KEMATIAN. Nama Nike di dalam Roman ialah Victoria.
Bermakna di situ NIKE mempunyai kaitan rapat dengan PENYEMBAH-PENYEMBAH BERHALA dahulu kala
Ini petikan dari Britannica Concise Encyclopedia tentang NIKE
Greek goddess of victory. She was the daughter of the giant Pallas and the river Styx. Nike was originally an attribute of both Athena and Zeus, represented as a small figure carried in their hand. She gradually came to be recognized as a mediator between gods and mortals, and was frequently shown carrying a palm branch, wreath, or staff as the messenger of victory. When depicted on her own, she was often a winged figure hovering over the victor in a competition. At Rome she was worshiped as Victoria.

Rahsia di sebalik jenama PALLAS

Posted by Unknown at 12:22 am 0 comments
Sepertimana diketahui bahawa PALLAS adalah salah satu jenama kasut yang terkenal di Malaysia dan diminati oleh ramai kanak-kanak dan remaja. Tetapi tahukah anda rahsia di sebalik nama PALLAS itu?
.
PALLAS di dalam mitos Greek kuno ialah Titan god of warcraft / dewa perang. Dia adalah ayah kepada NIKE iaitu ‘dewi kemenangan‘, Bia, Zelus dan Cratos.
.
Berikut adalah petikan dari Dictionary of Greek and Roman Biography and Mythology
PALLAS (Pallas). 1. A son of Crius and Eurybia, was one of the Titans, and brother of Astraeus and Perses. He was married to Styx, by whom he became the father of Zelus, Cratos, Bia, and Nice. (Hes. Theog. 376, 383; Paus. vii. 26. § 5, viii. 18, § 1; Apollod. i. 2. § 2, 4.) 2. A son of Megamedes, and father of Selene. (Hom. Hymn. in Merc. 100.) 3. A giant, who, in the fight with the gods, was slain by Athena, and flayed by her. (Apollod. i. 6. § 2.) 4. According to some traditions, the father of Athena, who slew him as he was on the point of violating her. (Cic. De Nat. Deor. iii. 23; Tzetz. ad Lyc. 355.)

Petikan di bawah pula ialah dari Wikipedia
Pallas (Πάλλας) is a Titan, associated with war, killed by Athena in the fight with gods. Most sources indicate that he was the son of Crius and Eurybia, the brother of Astraeus and Perses, and the husband of Styx. He was the father of Zelus, Nike, Cratos, and Bia. In addition, he has been named as the father Scylla, Fontes, and Lacus. Alternatively, he was the son of Megamedes, and father of Selene, and is also recorded as the father of Eos.

Saturday, 3 April 2010

Dari sekecil makhluk hingga sebesar makhluk semuanya memuji Allah

Posted by Unknown at 11:54 pm 1 comments
Assalaamu’alaikum w.b.t.........Tiada yang mustahil jika Dia berkehendakan yang sedemikian.. Semoga saudara2 agama lain pun mendapat pengajaran darinya insyaAllah
Allah telah menunjukkan kepada kita semua terlalu banyak bukti tentang kewujudannya termasuklah Nama-nama Allah pada bermacam makhluk. Kebanyakan bukti tersebut hanya dapat dilihat dengan menggunakan akal yang dianugerahkan terhadap ciptaanNya yang terbaik iaitu manusia.
Dari alam mikro hinggalah ke alam makro, daripada sekecil2 makhluk iaitu ATOM, hingga sebesar2 makhluk seperti matahari dan bintang2 lain yang lebih besar seperti Antares dan sebagainya, semuanya membuktikan kewujudan Allah dan bertasbih memujiNya.
“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Hadid : Ayat 1Konsep ATOM, di mana Elektron dikelilingi oleh Neukleus (Proton dan Neutron) adalah sama dengan konsep planet2 mengelilingi matahari dalam sistem suria kita, begitu juga dengan sistem suria kita pula beredar mengelilingi Galaksi Bima Sakti dan begitulah seterusnya. Sungguh amat luas alam semesta ini, tiada siapa yang dapat menjangkaunya melainkan Allah S.w.t.
Bagaimana semua itu dapat beredar di dalam paksi dengan elok sekali, tanpa lari dari garisan orbitnya dan melencong ke arah lain? Sudah tentu lah ada yang mengawalnya.
Konsep ATOM, planet2 dan sistem suria tadi sama lah konsepnya dengan umat Islam tawaf di Kaabah di Kota Mekah Al Mukarramah. Umat Islam tawaf mengelilingi Kaabah sambil memuji2 Allah , maka begitu juga lah Atom, planet2 dan sistem suria tadi, semuanya beredar di atas paksi (tawaf) sambil memuji2 Allah.
Maka sekaligus sains sendiri telah membuktikan kebenaran ayat2 dalam AlQuran tersebut. Sesungguhnya segala makhluk di dunia ini bertasbih memuji Allah, hanya kita sahaja yang tidak tahu bahasa mereka. Dan yang lagi sedihnya, hanya MANUSIA sahaja yang ramai tidak suka malah langsung tidak memuji Allah, terutamanya orang2 yang tidak beriman.
“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.” Surah Al Israa’ : Ayat 44

Yesus tidak mati disalib tetapi diangkat ke langit

Posted by Unknown at 11:19 pm 0 comments
assalamualaikum w.b.t….. Menurut agama Kristian, Jesus ataupun Nabi Isa a.s telah mati disalib oleh orang-orang yahudi. Dan ini lah yang diimani oleh mereka dari dulu dan menganggap itu adalah penebusan dosa terhadap dosa Nabi Adam a.s. Tetapi pada hakikatnya Nabi Isa a.s tidak mati malah baginda diangkat ke langit ke sisi Allah dan dia termasuk di dalam orang-orang yang ditangguh kematiannya (minal mundzharin).

Ada pendapat bahawa manusia yang digantikan sebagai jesus pada masa itu ialah Judas Iscariot , di mana Judas adalah salah seorang dari sahabat Nabi Isa a.s dan merangkap anak muridnya tetapi cuba berpaling tadah dan dialah yang memberitahu tempat persembunyian Nabi isa a.s kepada pemerintah Rome pada waktu itu. Tetapi Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap nabiNya, Judas telah ditukar kan rupanya sebaik sahaja beliau keluar dari tempat persembunyian Nabi Isa a.s untuk memberitahu kepada askar-askar agar menangkap Nabi Isa. Para askar terus menangkap Judas Iscariot yang waktu itu berwajah Nabi Isa dan terus dibawa ke pengadilan. Dan Nabi isa a.s dengan rahmat Allah telah diangkat ke langit tanpa diketahui oleh pemerintah Rome.

Dan ada juga pendapat mengatakan Judas Escariot itu bukannya pengkhianat. Dan ada pendapat mengatakan salah seorang murid Yesus telah dengan sukarela mengganti tempat Yesus dan sanggup ditukar rupanya menjadi seperti Yesus. Dan pendapat ini adalah pendapat yang kuat dari sisi kaca mata umat Islam. Dijelaskan bahawa para pengikut Nabi Isa a.s yang setia iaitu yang digelar Hawariyyun adalah mereka yang setia kepada nabi Isa a.s.

“ Dan (ingatlah), ketika Aku ilhamkan kepada pengikut ‘Isa yang setia : “Berimanlah kamu kepada-Ku dan kepada rasul-Ku”. Mereka menjawab:”Kami telah beriman dan saksikanlah (wahai rasul) bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang patuh (kepada seruanmu)”.

KelirU

Posted by Unknown at 10:08 pm 0 comments
Aku keliru..
keliru dengan perasaan ku sendiri...
kadang-kadang aku merasa gembira dengan kehadirannya di sisi.. aku begitu menantikan kehadirannya
Setiap masa dan ketika...
tetapi kadang-kadang aku merasa ianya bagaikan satu lakonan yang tiada penghujungnya..
ahhhhhhh...
nafas aku sesak setiap kali memikarkannya
fikiranku sudah tepu
Aku penat dan letih
aku ingin lari..
lari sejauh mungkin
lari dari semua perkara yang menghimpitku
tetapi apalah sangat kudratku sebagai insan biasa
yang tiada kekuatan
yang aku mampu hanyalah menadah tangan
Dan memohon petunjuk dari DIA
yang lebih mengetahui akan segala hal...
 

ini cerita A.K.U Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review