Friday, 27 August 2010

ReAd THis_1

Posted by Unknown at 2:22 am 0 comments
"Ilusi tidak akan menjadi satu kenyataan
kerana ilusi hanyalah sebuah angan2
tetapi angan2 tidak semestinya tidak boleh
menjadi satu kenyataan
kerana segala yang berlaku
bermula dengan satu angan2"

Apa salah aku?

Posted by Unknown at 2:08 am 0 comments
Adakah aku yang harus dipersalahkan
Setiap yang kau lakukan
Setiap yang kau ucapkan
Mengapa harus aku yang dipersalahkan

Dalam kegelapan malam
Seorang diri tanpa teman
Aku mencari-cari
Apa sebenarnya kesalahan diri ini
Sehingga hubungan antara kau dan aku
Bagaikan sebuah sampan kecil
Yang tenggelam, Yang musnah
Akibat ombak kekecewaan
Menghempas tanpa belas kasihan

Aku keliru dengan sikapmu
Aku mahukan penjelasan dari dirimu
Apa sebenarnya kesalahanku
Sehingga setiap yang kau lakukan
Seperti mahu menghukum aku

Apa salah aku???....

Monday, 14 June 2010

Puisi aman untuk LAKNAT

Posted by Unknown at 12:58 am 0 comments
Wahai rejim laknat
kocak dan riak ombak lautan dunia
adalah teman akrab kelasi-kelasi kudus
menjadi saksi kepedulian insan
yang kalian cabul dengan rakus kuasa

Nah,aku puisikan propaganda itu
dengan nama kemanusiaan
dan peluru-peluru hidup kalian
aku kumpul dalam doa laknat,cis!

Hoi rejim dunia!
sekatlah nafsu Zionis kalian
biar kapal-kapal relawan tenang
berlabuh menjadi hikmah
biar tebing itu riang
tanpa pesta hanyir darah atau kecai daging
dan kalian tidak rugi melihat air mata syukur
membasahi subur bumi Gaza.

Oh,Zionis laknat
nyahlah sebatian zalim dalam kuasamu
kerana dunia tidak lagi buta melihat kegilaan
tidak lagi pekak mendengar kerakusan
tidak lagi bisu mengutuk kekejaman.


Hasil nukilan
N Faizal Ghazali
Kota Bharu,Kelantan


Friday, 11 June 2010

Sekadar coretan

Posted by Unknown at 1:11 am 0 comments
Salam.....setelah sekian lama baru ari ni SJ berkesempatan utk menjeguk blog ni..dan byk cite yang SJ nk kongsi.....
begitu banyak yang SJ pelajari sehingga ke hari ini..semakin SJ membesar semakin banyak yang SJ pelajari tentang makna sebenar kehidupan..SJ pelajari makna sebenar ikatan persahabatan..kadang2 masalah yang timbul membuatkan kita begitu hampir dengan seseorang tanpa kita sedar..dan tanpa kita sedar juga kita telah menyakiti hati orang tu..kalo boleh benda tu laa yang kita nak hindari tapi sbgi manusia biasa yang byak kelemahan hanya perkataan maaf sahaja yang mampu dilafazkan..
sahabat...
sahabat laa yang banyak mewarnai kehidupan SJ selain keluarga..sahabat laa orang yang paling banyak membantu SJ..yang memberi kata2 semangat dan dorongan..tapi sbgi insan biasa yang begitu kerdil sudah tentu byk hati teman yang telah SJ lukakan tanpa disedari..buat teman2 diluar sana yang mengenali diri ini..SJ ingin memohon keampunan dari kalian..terutama teman2 di Smk Dato' Dol Said dan MJSC Kuantan...nama kalian akan tetap terpahat di ingatan....

Sunday, 9 May 2010

Jasa Bonda

Posted by Unknown at 4:57 am 0 comments
Salam pertemuan...Sempena Ari Ibu niy SJ tujukan khas lagu "Jasa Bonda" niy buat bonda tersayang Rohanah binti Kamarudin dan juga buat ibu2 di luar sana..terima kasih bonda kerana sudah byk berkorban untuk diri ini..terima kasih kerana telah memberi peluang kepada diri ini utk sama2 merasai nikmat hidup di dunia ini...terima kasih atas segala tunjuk ajar dan nasihat yg telah byk membantu diri ini untuk menjadi insan yang berguna kepda keluarga,agama,masyarakat dan negara...insyaallah..buat pembaca blog simfonijiwaku mari laa kte sama2 hayati lirik lagu niy moga2 akan lahir keinsafan..nasihat SJ, berbakti laa kpd ibu dn ayah sementara mereka masih bernyawa..pohon laa keampunan dripd mereka sementara ada waktu..moga2 hidup ini sentiasa mendapat keberkatan drpd Allah S.W.T


Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
( 1 )
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikanMarah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
( 2 )
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa Bonda( ulang 2 & 1 )

Saturday, 8 May 2010

Keindahan Hidup

Posted by Unknown at 4:51 pm 0 comments
Indahnya hidup ini
Penuh kemanisan dan kegembiraan
Yang mewarnai
Yang mencorak
Layar putih kehidupan insan
Warna-warna bahagia
Jelas terpancar
Dari kanvas wajah
Dari senyuman yang terlukis indah
Dari sepasang mata yang menyimpan sejuta rahsia
Dan dari sepasang mata yang menjadi saksi
Kepada seribu peristiwa yang telah menjadi lipatan sejarah hidup
Indahnya hidup ini
Bagi mereka yang tahu menilai erti sebenar kehidupan
Manisnya seperti manisnya madu
Pahitnya seperti pahitnya hempedu
Sakitnya seperti hirisan sembilu

Tapi.....
Hidup ini lebih indah
Jika lidah sentiasa dibasahi dengan zikrullah
Jika hati sentiasa merindui Rasullull
Jika fikiran sentiasa mengingati Allah
Dan itulah..
Sebenar-benarnya erti sebuah kehidupan........

Friday, 7 May 2010

Lelaki Handsome vs Lelaki Tak Handsome

Posted by Unknown at 4:45 am 0 comments
Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…
Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?




bagi lelaki2 jgn marah ini hanyalah sekadar jenaka.... hehe(",)
 

ini cerita A.K.U Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review