Monday, 10 December 2012

MALU

Posted by Unknown at 10:04 pm 4 comments
Hai semua entry kali ni aku tetiba je rasa rajin nak taip panjang
panjang . mungkin idea yang terkumpul di otak memaksa aku 
untuk mencurahkannya di sini . ewahh asal tetiba aku jadi
terlebih sastera nih . well apa boleh buat dilahirkan menjadi
 seorang insan seni membuatkan semua yang aku lakukan haruslah
berseni . cehh . mintak penumbuk satu untuk aku . grrrrrrrrrrr .

orait first of all korang nampak tajuk entry aku tu ? malu . korang
tahu apa itu malu ? jangan bohong setiap orang akan merasa itu
baik girls ataupun guys . bagi aku malu tu perlu ada dalam
setiap diri brader brader mahupun sista sista di luar sana tu . tak
kisahlah malu kucing ke . malu arnab ke . malu kambing ke .
janji sifat malu tu perlu ada . apa yang bestnya ada sifat malu ni

mehh sini rapat rapat dekat dekat aku nak habak kat hang apa
yang bestnya ada sifat malu ni . yang paling utama sifat malu
ni akan halang korang dari buat benda tak senonoh dekat
tempat awam . macam korek hidung ke . kentut macam nak bagi
orang sebelah pengsan ke . buang sampah ikut sedap tangan
padahal tong sampah depan mata je . hey come on la guys benda

simple pun liat nak buat ke . sepak kang . korang hingat
kalau buat benda tu semua depan bakal mak bapak mentua
diorang suka ? entah entah ada yang pat lima nam baldi air 
diorang simbah nak bagi cuci perangai korang tu . tu okay lagi
kalau diorang terus reject macam mana . nasib badan la kawan
sape suh tak jaga adab . orait back to the topic kenapa

malu itu perlu . penting sangat ke ? mestilah penting terutamanya
kepada awek aweks kat luar tu . cuba korang bayangkan
kalau seorang awek tanpa sifat malu dalam diri dia . mesti
perangai dia buat korang cam nak karate je kepala hotak dia
kan kan kan . kasi center sikit . samalah jugak kepada brader
brader hingat ada ke awek aweks yang nak lelaki yang perangai
tak senonoh ni . please jangan tertipu dengan istilah
"good girls like bad guys" . tu sume bohong . dusta .

kami perempuan inginkan lelaki yang baik baik . yang
mampu membimbing kami kaum yang dikatakan lemah
ini . "good girls love good guys" . itu yang sebenarnya
dan begitu juga sebaliknya "good guys love good girls"
Aisehh sweet giler ayat aku malam ni . ngeng .

jadi kesimpulannya malu itu penting . aku rasa tak payah
lah aku nak sentuh isu pegang tangan . peluk peluk
depan orang ramai . kiss kiss bagai . aku 100% yakin
rakyat jelata yang baca entry aku ni mesti bijak bijak kan
so ada mata tengok ada otak fikir . mana baik mana buruk
rasanya korang dah tahu kan . enough for today .


notajari: "my shyness has ruined so many good opportunities" . malu itu perlu ada tapi biarlah bertempat . 








Saturday, 8 December 2012

dewasa

Posted by Unknown at 12:57 pm 0 comments
menjadi dewasa itu bukan mudah . 
tidak semudah sedut air milo guna
straw . jalannya penuh liku dan lekuk
menjaga langkah dan kata itu sudah 
pasti . menjaga pegangan iman apatah
lagi . menjadi dewasa itu sudah tentu
bagi yang namanya insan . tanggungjawab
harus dipikul . amanah dan jujur haruslah
sebati dalam diri . maka jadilah kamu
seorang dewasa yang diredhai .


notakaki: mengikut jalan yang sama bukan bermakna dia tidak punya jalan lain atau pilihan lain . cuma mungkin dia nak tahu di mana jalan itu akan berakhir . mungkin . 








Thursday, 29 November 2012

tolong jangan lupa GAZA

Posted by Unknown at 12:46 am 0 comments
terkenangkan Gaza 
hati aku sakit . darah aku mendidih . suhu 
badan bertambah . marah punya pasal . 
kalau masih ada yang tak merasa ini . 
nampaknya bukan mata kau je buta . hati
kau pun sama . hati keras . kalah batu . 
hati keras . kalah besi . punyalah satu
dunia turut menangis kerana kejam zionis
kau pulak buat dek je . itu perkara biasa 
kata kau . istighfar aku dalam hati bila
dengar itu . kau lagi kejam dari zionis 
aku kira . butakan mata pekakkan telinga . 
bila sampai berita sengsara saudara 
seislam kau . aku tidak mahu doakan
yang buruk buat kau walau hati bengkak
fikirkan perihal kau . kerna nanti antara
aku dan zionis tiada beza kalau aku 
lakukan itu . jadi aku doa moga hati 
kau lembut disirami hidayah Allah . 
bangun dari terus menjadi si buta dan 
si pekak wahai kawan . 


notahati : siapa kawan yang dimaksudkan ? itu rahsia aku . pernah terfikir tak ujian ke atas Gaza sebenarnya adalah ujian kepada umat Islam yang lain jugak . Dendam zionis pada umat Islam takkan pernahnya nak berakhir . hari ni Gaza .  esok lusa sapa tahu entah entah negara kita pulak yang menjadi sasaran diorang . dunia zaman sekarang apa pun tak mustahil . 



Tuesday, 20 November 2012

jangan berkeras

Posted by Unknown at 9:45 pm 0 comments
malam semakin membeku
tapi fikiran ini tetap tidak
terhapus . aku cuba untuk
berkata tidak . tapi aku
tak mampu . aku seperti
patung . jasadnya ada .
kelihatan . tapi jiwanya
kosong . zero perasaan .
mampukah aku hidup
tanpa perasaan . aku cuba
berkeras tapi aku tidak
segagah itu . hanya satu aku
harap . bila detik itu tiba
jangan cuba menghalang .
itu takdir . jangan berkeras.

notatelinga : PERHATIAN ayat ayat kat atas tu tak ada kena mengena pun dengan aku atau sesapa . saja nak bermain dengan kata malam malam macam ni . SAVE GAZA . ingat Gaza dalam setiap doa korang . kita tak mampu berjuang di atas medan perang yang sama tapi berdoa untuk saudara seislam , kita mampukan? tak susah pun . PRAY FOR GAZA .



tanpa tajuk

Posted by Unknown at 1:23 pm 0 comments
manusia tak pernahnya rasa
puas dalam dunia ini
kau puas?
kau bohong!!
kau puas?
kau tipu!!!

itu memang adat manusia
berjalan atas muka bumi  ini
untuk mencari kepuasan
hakikatnya
sampai ke hujung dunia pun
ianya mustahil
ianya sia sia
titik noktah juga jawapannya
titik tamat .


notahati : aku juga begitu . kerana aku manusia . mengejar kepuasan . tapi seseorang telah mengajar aku berhenti mengejar kepuasan dan belajar untuk bersyukur . dengan itu kau akan menghargai apa yang kau ada . 


Saturday, 10 November 2012

tanpa tajuk

Posted by Unknown at 9:21 pm 0 comments
bodohnya kau manusia . 
bebalnya kau manusia .
bila kau cakap Tuhan tu
tak wujud . tak perlu
rentasi lautan . tak perlu
mendaki bukit gunung
bagai . untuk mencari bukti
Tuhan itu wujud . cukup
diri kau sebagai bukti .
cukup itu sahaja . cukup .

Wednesday, 7 November 2012

jalan . makan angin . sampai perut kembOng .

Posted by Unknown at 2:23 am 0 comments
cuti . bosan duduk rumah . 
cari kerja . tak ada rezeki .
apalagi terengganu
aku datang!!!
sorang pun sorang la

jalan jalan rayau rayau .
kalau tak snap satu dua
gambar baik aku kasi 
ikan dalam laut tu telan je 
nikon dekat tangan .
satu tak puas . dua tak puas .
 hambik kau .sedar tak 
sedar dekat seratus da . 






apa adik buat dik . 
tertonggeng tonggeng
akak tengok . 



nak buat macam mana dah
aku ni kids lover memang
budak budak lah yang aku 
teropong dulu . 


 dari jauh . garu garu kepala . 
apa diorang buat tu . tak
puas hati . aku datang dekat .


makin dekat


laa tangkap ikan rupanya . 
comel je . 




saat ni detik ni aku masih
dekat sini . sini mana ?
terengganu la . bila nak
balik ? mungkin tunggu bila
melaka sudah rasa rindu 
dekat aku .
hujan . sejuk . angin . 
pantai. ikan . sengih .
aku suka semua tu . 

notakaki: ombak datang dan pergi bertemu pantai . adakah masih ombak yang sama?














 

ini cerita A.K.U Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review