Tuesday, 20 November 2012

tanpa tajuk

Posted by Unknown at 1:23 pm 0 comments
manusia tak pernahnya rasa
puas dalam dunia ini
kau puas?
kau bohong!!
kau puas?
kau tipu!!!

itu memang adat manusia
berjalan atas muka bumi  ini
untuk mencari kepuasan
hakikatnya
sampai ke hujung dunia pun
ianya mustahil
ianya sia sia
titik noktah juga jawapannya
titik tamat .


notahati : aku juga begitu . kerana aku manusia . mengejar kepuasan . tapi seseorang telah mengajar aku berhenti mengejar kepuasan dan belajar untuk bersyukur . dengan itu kau akan menghargai apa yang kau ada . 


Saturday, 10 November 2012

tanpa tajuk

Posted by Unknown at 9:21 pm 0 comments
bodohnya kau manusia . 
bebalnya kau manusia .
bila kau cakap Tuhan tu
tak wujud . tak perlu
rentasi lautan . tak perlu
mendaki bukit gunung
bagai . untuk mencari bukti
Tuhan itu wujud . cukup
diri kau sebagai bukti .
cukup itu sahaja . cukup .

Wednesday, 7 November 2012

jalan . makan angin . sampai perut kembOng .

Posted by Unknown at 2:23 am 0 comments
cuti . bosan duduk rumah . 
cari kerja . tak ada rezeki .
apalagi terengganu
aku datang!!!
sorang pun sorang la

jalan jalan rayau rayau .
kalau tak snap satu dua
gambar baik aku kasi 
ikan dalam laut tu telan je 
nikon dekat tangan .
satu tak puas . dua tak puas .
 hambik kau .sedar tak 
sedar dekat seratus da . 






apa adik buat dik . 
tertonggeng tonggeng
akak tengok . 



nak buat macam mana dah
aku ni kids lover memang
budak budak lah yang aku 
teropong dulu . 


 dari jauh . garu garu kepala . 
apa diorang buat tu . tak
puas hati . aku datang dekat .


makin dekat


laa tangkap ikan rupanya . 
comel je . 




saat ni detik ni aku masih
dekat sini . sini mana ?
terengganu la . bila nak
balik ? mungkin tunggu bila
melaka sudah rasa rindu 
dekat aku .
hujan . sejuk . angin . 
pantai. ikan . sengih .
aku suka semua tu . 

notakaki: ombak datang dan pergi bertemu pantai . adakah masih ombak yang sama?














Thursday, 25 October 2012

falsafah cinta AKU

Posted by Unknown at 9:51 pm 0 comments
cewahh entry title tak boleh blah
kambing sebelah rumah pun
nak tergelakkan aku
*gelak sambil guling guling
lak tu aku sembelih baru tahu
sebelum aku merepek tak
tentu pasal baik korang baca ni .

C.I.N.T.A
bukan untuk buat orang
jadi gila tapi cinta 
sepatutnya buat orang 
jadi lebih dekat dengan NYA

C.I.N.T.A
bukan buat orang jadi
hilang arah tapi cinta
sepatutnya buat orang 
jadi lebih terarah 

dan cinta yang macam
ni aku nak

ahh nak cakap pasal cinta ni
tujuh keturunan pun belum
tentu boleh khatam

ingat nak bercinta ni
senang ke . ingat bercinta ni
sesenang macam korang
makan maggi kari letup tu ke
nak bercinta pun
kena ada ilmu . bukan main
redah sesedap hati limpa
jantung korang je .
bercinta tanpa ilmu ,  tu lah
pasal asyik clash couple balik
44 kali . pastu bising dekat fb
memekak kat twitter
ingat ada orang nak kesah ke
cerita cinta korang yang tah
pape tu . baik tengok badut
kat sarkas tu lagi best .
orang yang dah kawin 44 tahun
tu pon boleh berpisah ni kan
korang yang baru nak membina
cinta .

haa lagi satu..

C.I.N.T.A
tanpa pengorbanan tu
bukan cinta namanya
dan cinta yang paling unik
bagi aku ialah cinta dan sayang
Nabi Ibrahim kepada anaknya
Nabi Ismail .
Selamat Hari Raya Aidil adha
semua (^_^)

For every girl with a broken heart
there's a guy with a glue gun
For every boy whom a player
there is a girl he will in love with.
                                  ~Terfaktab~








Friday, 5 October 2012

Boring time

Posted by Unknown at 10:41 pm 0 comments
Bila otak dan mata dah bosan
 mengadap keje..tangan mula
meraba raba tanpa arah, lalu...
Bamboo tablet kesayangan 
dicapai..maka terhasillah..











bila rasa boring dah hilang
apa lagi ngadap keje
la balik...







Wednesday, 3 October 2012

Ogie --->>mangsa sindiket penculikan anak kucing

Posted by Unknown at 10:40 am 0 comments
29.9.2012
tarikh aku culik si Ogie niy.
bukan tak boleh tunggu sampai
aku abis final exam ni tapi aku
takut tak jumpa dia je lagi..
so aku decide nak ambik dia
hari tu jugak..haa gelojoh tak aku?!
so sebelum aku antar Ogie ni 
balik umah aku..aku sempat snap 
gambar Ogie. siap buat desktop 
background lagi tu..











kenapa nama dia Ogie?!
entah sebab nama tu cute
macam dia jugak kot..
jadi lepas ni kalau kakak
ngan adik aku tak ada kat rumah
Ogie boleh teman aku..
teman aku masak ke
teman aku melukis ke
dengar aku membebel ke
huhu mesti best...
sakit jiwa la dia lepas ni..










Friday, 28 September 2012

Final digital illustration yang memeningkan otak

Posted by Unknown at 10:49 pm 0 comments
sebelum aku merepek ke apa..aku nak
 ucapkan Alhamdulillah..syukur sebab 
aku dapat siapkan jugak keje ni..seksa dia tak 
payah cakap la..untuk final project digital 
illustration ni aku kene redesign balik character yang 
aku tak suka..character yang da lama tak keluar kat tv..
tak pun character zaman zaman 60's ke..
pilih punya pilih last sekali aku pilih
character Franky jr dan Multi-man..


penah tengok tak citer ni..penah? jangan nak
kelentong la lecturer aku yang master bab bab
illustration ni pun tak penah tau pun character ni
wujud..

First character, Multi-man
Tracing in Adobe illustrator
Colouring in Adobe Photoshop
ni Multi-man version hensem + macho punya

Second character, Franky Jr.

Franky Jr. yang gagah perkasa..gagah ke?

Alhamdulillah assessment pagi tadi
berjalan dengan lancar...
tak sia sia aku tak tidur pat lima
hari siapkan benda ni..











satu dah lepas.. now get ready untuk 
next assessment, final animation
 and final typography.






 

ini cerita A.K.U Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review