Thursday, 25 October 2012

falsafah cinta AKU

Posted by Unknown at 9:51 pm 0 comments
cewahh entry title tak boleh blah
kambing sebelah rumah pun
nak tergelakkan aku
*gelak sambil guling guling
lak tu aku sembelih baru tahu
sebelum aku merepek tak
tentu pasal baik korang baca ni .

C.I.N.T.A
bukan untuk buat orang
jadi gila tapi cinta 
sepatutnya buat orang 
jadi lebih dekat dengan NYA

C.I.N.T.A
bukan buat orang jadi
hilang arah tapi cinta
sepatutnya buat orang 
jadi lebih terarah 

dan cinta yang macam
ni aku nak

ahh nak cakap pasal cinta ni
tujuh keturunan pun belum
tentu boleh khatam

ingat nak bercinta ni
senang ke . ingat bercinta ni
sesenang macam korang
makan maggi kari letup tu ke
nak bercinta pun
kena ada ilmu . bukan main
redah sesedap hati limpa
jantung korang je .
bercinta tanpa ilmu ,  tu lah
pasal asyik clash couple balik
44 kali . pastu bising dekat fb
memekak kat twitter
ingat ada orang nak kesah ke
cerita cinta korang yang tah
pape tu . baik tengok badut
kat sarkas tu lagi best .
orang yang dah kawin 44 tahun
tu pon boleh berpisah ni kan
korang yang baru nak membina
cinta .

haa lagi satu..

C.I.N.T.A
tanpa pengorbanan tu
bukan cinta namanya
dan cinta yang paling unik
bagi aku ialah cinta dan sayang
Nabi Ibrahim kepada anaknya
Nabi Ismail .
Selamat Hari Raya Aidil adha
semua (^_^)

For every girl with a broken heart
there's a guy with a glue gun
For every boy whom a player
there is a girl he will in love with.
                                  ~Terfaktab~








Friday, 5 October 2012

Boring time

Posted by Unknown at 10:41 pm 0 comments
Bila otak dan mata dah bosan
 mengadap keje..tangan mula
meraba raba tanpa arah, lalu...
Bamboo tablet kesayangan 
dicapai..maka terhasillah..











bila rasa boring dah hilang
apa lagi ngadap keje
la balik...







Wednesday, 3 October 2012

Ogie --->>mangsa sindiket penculikan anak kucing

Posted by Unknown at 10:40 am 0 comments
29.9.2012
tarikh aku culik si Ogie niy.
bukan tak boleh tunggu sampai
aku abis final exam ni tapi aku
takut tak jumpa dia je lagi..
so aku decide nak ambik dia
hari tu jugak..haa gelojoh tak aku?!
so sebelum aku antar Ogie ni 
balik umah aku..aku sempat snap 
gambar Ogie. siap buat desktop 
background lagi tu..











kenapa nama dia Ogie?!
entah sebab nama tu cute
macam dia jugak kot..
jadi lepas ni kalau kakak
ngan adik aku tak ada kat rumah
Ogie boleh teman aku..
teman aku masak ke
teman aku melukis ke
dengar aku membebel ke
huhu mesti best...
sakit jiwa la dia lepas ni..










Friday, 28 September 2012

Final digital illustration yang memeningkan otak

Posted by Unknown at 10:49 pm 0 comments
sebelum aku merepek ke apa..aku nak
 ucapkan Alhamdulillah..syukur sebab 
aku dapat siapkan jugak keje ni..seksa dia tak 
payah cakap la..untuk final project digital 
illustration ni aku kene redesign balik character yang 
aku tak suka..character yang da lama tak keluar kat tv..
tak pun character zaman zaman 60's ke..
pilih punya pilih last sekali aku pilih
character Franky jr dan Multi-man..


penah tengok tak citer ni..penah? jangan nak
kelentong la lecturer aku yang master bab bab
illustration ni pun tak penah tau pun character ni
wujud..

First character, Multi-man
Tracing in Adobe illustrator
Colouring in Adobe Photoshop
ni Multi-man version hensem + macho punya

Second character, Franky Jr.

Franky Jr. yang gagah perkasa..gagah ke?

Alhamdulillah assessment pagi tadi
berjalan dengan lancar...
tak sia sia aku tak tidur pat lima
hari siapkan benda ni..











satu dah lepas.. now get ready untuk 
next assessment, final animation
 and final typography.






Friday, 31 August 2012

Aku rasa macam dah besar bila....

Posted by Unknown at 2:14 am 0 comments
#..bila tetiba mak and abah aku tanya dah ada
someone special ke blom..erk *sambil garu
garu kepala aku buat muka blurr..aik betol
 ke apa yang aku dengar ni..ke aku yang salah
dengar..ye lah dulu time skolah dulu jangan
 harap le mak abah aku nak duk discuss pasal
bende ni..alih alih aku yang pening kepala
yelah bila dah dapat green light aku plak
yang tak ready..lek lu baru 19 kan lambat
lagi nak pikir pasal tu..

#.. bila pi raya tetiba anak anak 
buah aku yang cute miut ni tadah tangan
mintak duit raya kat aku..aikk korang ingat
mak cik nurul korang ni dah keje ke..tunggu
den kawin dulu la baru den bagi duit raya..

#..bila tengok budak budak main polis
and thief.main kejar kejar.teringat masa
aku kecik kecik dulu tu lah permainan
favourite aku..kat shopping mall ke..
kat masjid ke..kat tengah jalan ke..
kat rumah atok ke ahh senang cakap
asal ada tempat lapang je mesti aku
redah main kejar kejar ngan cousin
cousin aku.Tapi sekarang jangan
harap le nak main kejar kejar lagi
kalo tak kene hambat ngan mak aku
mesti kene basuh ngan abah aku..

#..bila aku tengok kawan kawan aku
ada yang dah tunang ada yang da
nak kawin pon..haish susah betol
nak percaya cepat betol masa berlalu
sampai aku tak perasan kawan kawan
aku ni semua da besar..yelah dulu masa
kecik kecik main masak masak ngan
diorang sekarang tak sangka dah nak
jadi isteri orang da..

korang penah terfikir tak macam
mana hidup korang 30 tahun akan
datang..haish mesti aku dah ada
banyak anak time tu..*sambil geleng
geleng kepala..



tak kisah lah 10...20...30..tahun
akan datang,walau tua mana pon aku
 aku harap mereka yang kat dalam
gambar ni akan sentiasa
ada dalam hidup aku sebab...

There can be no friend better than a SISTER!







Friday, 3 August 2012

#5 part.time.job

Posted by Unknown at 11:01 am 0 comments
disebabkan aku sekarang ni tengah
busy dengan assignment yang
menimbun nimbun ni so aku
hanya mampu tunjuk kat korang
artwork2 aku yang da bersawang
kat dalam laptop ni..


Title:The woman


















Title:Choices









Title:The outer space




Title:Life through my camera lens

Saturday, 28 July 2012

Benda.baru.

Posted by Unknown at 1:54 am 0 comments
Selamat malam semua.opss pagi da..amacam sihat tak
korang ari ni.untunglah..<<--word yang rata rata
umat malaysia rasa macam nak  sumbat je botol susu
cap gajah kat makhluk yang sebut benda nih..chillax 
la korang bukan mati pon kalau dengar word tu..Korang
penah muntah tak?erk apa spesies soalan da..bukan pe 
sebenarnya lepas buka tadi aku muntah muntah..adalah 
dalam pat lima kali masuk kuar tandas..sakit perut tak 
yah cakap la wei..sib baik gagah perkasa lagi perut aku 
ni kalau tak dah lama terburai. tak dapat lah aku nak makan 
kuih raya mak cik timah Raya kang..okey2 sebenarnya 
bukan isu muntah berdarah ke tak yang aku nak cakap malam 
ni..aku just nak share dengan korang apa yang aku belajar 
dekat class photo hari ni..macam biasa jadual aku setiap hari
jumaat 2.30pm sampai 5.30pm aku ada class photo..sib baik 
class photo,kalo class sejarah macam zaman2 SPM dulu 
dah lama aku angkut bantal tilam masuk dalam class..tak yah 
lah aku nak explain panjang2 korang sendiri pun tahukan..
WHITE BALANCE..benda nilah yang aku baru belajar
petang tadi.white balance ni lebih kepada proses pengasingan 
warna yang tak realistik..aku confirm mesti korang tak 
pahamkan..aku mula2 belajar pon loading lama gak..kalau 
nak paham lagi,apa kata korang pegi amik dslr korang 
yang da setengah abad berabuk tu buat try and error dengan 
white balance setting yang ada kat dalam dslr tu..nak bagi 
korang clean and clear lagi ni gambar yang aku amik petang tadi..


 

 
     



shutter speed,F number,ISO,location gambar kat 
atas ni semua sama just colour pada setiap gamba 
je lain2..ni lah yang di katakan white balance..ni 
bukan edit pakai photoshop ke ape ea..kalau korang 
nak lagi clean and clear korang terjah lah mana2 
blog photography..aku pon bukannya pro sangat 
bab2 nih..

NOTE:bagi beginners yang macam aku ..yang baru
nak kenal dunia photo nih..lecturer aku yang sempoi 
lagi kacak bergaya cakap better guna AWB
[Auto White Balance] senang sikit keje korang..
tak yah lah nak garu2 kepala pat lima kali baru
nak dapat white balance yang betul..
 

ini cerita A.K.U Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review