Tuesday, 10 January 2012

Lagi pasal Graphic..Apa tu Vector Drawing?!

Posted by Unknown at 12:42 am 4 comments
 tetiba malam ni terasa nak buat entry pasal graphic..tau tak apa tu Vector Drawing?!..vector drawing adalah satu image yang terbentuk hasil daripada gabungan antara garisan dan lengkungan yang bersambung antara satu sama lain..Dan kesemua garisan tersebut terhasil daripada pengiraan matematik dan memerlukan software graphic tertentu untuk menghasilkannya(sape cakap graphic takyah guna maths)..korang mesti tertanya apa gunanya vector image tukan..Penggunaan vector image adalah sangat sesuai untuk menghasilkan logo,animasi,clip art,button n banyak lagi...oky setakat tu je yang SJ mampu explain kat korang pasal Vector Drawing...ni contoh vector drawing yang SJ buat(sebenarnya assignment utk class design and digital media_GDT 152 alhamdulillah da siap da lebih kurang 3 minggu lepas)...


ni proses nak buat outline 



ni outline yang dah complete



and this is final proses..last sekali lepas outline da complete baru masukkan colour


untuk menghasilkan vector drawing yang macam ni korang boleh gunakan Adobe Illustrator(Ai)...untuk pengetahuan korang vector drawing ni special sikit sebab sebesar mana pon tangan korang gatal nak zoom image vector ni tak kan pecah..tak caya?! cuba buat...


# pada sesape yang terbaca entry ni kalo ada mana2 kesilapan yang SJ buat jangan termalu jangan tersegan nak betolkan ye..kerjasama anda amat dialu-alukan(contoh ayat skema nak mintak tolong orang)..

Saturday, 7 January 2012

Mentarang + Air Nira..APA TU?!

Posted by Unknown at 1:57 am 0 comments
Mentarang + Air Nira..dua benda yang memang  tak penah SJ jumpa seblom ni tak tau lah korangkan..
Rasa mentarang tu macam rasa kerang sikit tapi saiz mentarang besar sikit daripada kerang..Kalau teringin sangat nak rasa makhluk Allah ni korang boleh carik kat Kuala Selangor nak specific lagi search la google (sorry SJ x ingatlah nama tempat yg SJ pegi tu)..Okay jom citer pasal air nira lak...first time rasa air ni ermm macam2 rasalah...air nira ni manis n segar dan lagi best kalo korang sendiri yang pegi cuba air nira ni setakat baca explanation SJ yg tak berapa nak fakta ni memang tak berkembanglah ilmu korang ..air nira ni banyak di jual di tepi2 jalan kat Perak..n SJ nasihatkan kat korang kalo minum air nira ni biar sejuk2 dan kalo beli tu terus minum jangan simpan2 sebab kalo dibiarkan lama2 air nira ni jadi masam...Hari tu beli extra la sikit  bajet nak minum bila sampai Melaka...haaa amik ko rasa dye tak yah nak cakap la...minum air suam tiga empat botol pon still tak hilang rasa masam tu...

Ni la mentarang yang SJ dok membebel dari tadi tu..nak cakap bentuk mentarang ni macam kepah pon iya jugak kn..



Sunday, 1 January 2012

GoodBye 2011 say hai to 2012...

Posted by Unknown at 1:48 am 0 comments
Macam biasa bila  masuk tahun baru mesti berlambak-lambak orang nak wish happy new year kat fb lah kat twitter la sampai naik muak jugak la nak baca..even seminggu lepas tu pon still ada yang nak wish lagi..Apa2 pon SJ  mengucapkan Happy New Year to... ermm sape2 je lah hope hidup korang akan lebih diberkati oleh Allah S.W.T...Bukak buku baru,buku lama jangan lak  campak dalam laut(korang paham x kalo x paham cuba pahamkan jugak kalo yang da campak tu cepat g amik balik).. benda yang baik harap terus dikekalkan yang buruk tu harap korang buang jauh2..apa yang berlaku sepanjang tahun 2011 harap dijadikan iktibar..(^_^)

# Tahun baru2 jugak assignment tetap menimbun!!!

Friday, 30 December 2011

Pangkor Mariiiiii...

Posted by Unknown at 3:00 am 4 comments
 Last week SJ pegi Pangkor..memang excited abis r..al maklumlah tak penah pegi sana..orang cakap Pangkor best sebab tempat dye cantik..memang tak rugi r kalo korang pegi sana..mcm2 ada (ceewahh ni namanya promoter x bertauliah hehe)before pegi Pangkor sempat gak SJ pegi i-city kat shah alam tu tdo semalam kat umah mak ngah then esok tu lak  pegi umah cousin kat Sri Manjung..Da alang2 sampai sana apa lagi kita orang serbu Teluk Batik la pulak kan..Esok tu baru gerak pegi Pangkor..fuhh letih tak payah cakap r..balik umah je terus cari bantal..
ni adalah dua tiga gambar yang SJ snap khas utk buat korang jealous (^_^)..

pic ni masa kat i-city


ni lak kat teluk batik

kat pangkor


Pangkor

Tuesday, 20 December 2011

Posted by Unknown at 1:14 am 0 comments
yang cute tu syikin my classmate merangkap roommate jugak yang sebelah tu erm err sape ek..SJ lah (^_^)

Monday, 19 December 2011

Mencarut tu macho ke?!

Posted by Unknown at 8:07 pm 0 comments
Macam yang da tertulis kat atas tu mencarut tu macho ke(question mark banyak2)..bagi SJ serius tak macho langsung.Terus terang SJ cakap telinga ni memang panas kalo dengar brother2 kat luar sana tu sesedap mulut diorang je nak mencarut..Kat tempat awam lak tu..Contoh "S*** la lu ni", " Macam b*** r" tak pon "p***** mak ko r".. ni  antara contoh ayat yang memang diorang suka sangat pakai.Ada lagi terok daripada ni.SJ memang tak penah guna perkataan2  INDAH ni kat sesape pon even masa tengah marah tahap dewa 18 pon tapi kekadang terkeluar gak tu pon still dalam kawalan lagi... lagi sekali SJ ulang MENCARUT MEMANG TAK MACHO...bukan brother2 je yang suka mencarut even gadis2 pon suka buat benda ni..Apesal?! ingat cun ke? ingat hebat ke..lagi2 kalo si gadis tu bertudung litup..cuba bayangkan jap..memang huduslah gua cakap kat lu..kan ke bagus guna perkataan2 yang sopan lagi sedap didengar..telinga tak sakit, hati tak sakit hidup pon hari2 ceria..SJ memang tak kesah kalo korang nak cakap " ek eleh minah ni tak rock r" tak pon " ek elah minah ni kolot giler" SJ memang tak kesah coz SJ memang kolot bab2 macam ni..SJ memang alergik ngan manusia2 spesies yang suka mencarut ni..cam takde benda lain je nak cakap..So lepas ni terpulang la kat korang sendiri macam mana nak nilai benda ni.SJ arap sangat korang nilai perkara ni dengan mata hati korang jangan nilai pakai mata kepala korang je.Lepas ni kalo ade antara kawan2 korang yang gatal mulut sangat nak mencarut jangan segan2 jangan malu2 tepuk bahu diorang pastu cakap kat diorang pahala da banyak sangat ke then bagi ceramah sikit..bukan ke pesan memesan ke arah kebaikan dituntut dalam agama kita.(^_^).

Wednesday, 14 December 2011

ILLustration class

Posted by Unknown at 1:51 am 0 comments
Bagi student graphic mcm SJ ni word "illustration" memang tak dapat nak dipisahkan.Apa tu illustration?(carik sendiri kat kamus )..bagi SJ illustration class(GDT 153) adalah antara class yang paling mencabar.Kerana ianya mencabar keupayan seseorang student dalam menggunakan pelbagai technique dan medium dalam menghasilkan sesuatu illustration yang menarik lagi gempak.ni antara contoh assignment yg perlu kami (student sem 2 graphic)  siapkan dan deadline utk assignment ni adalah pada 20 Dec which is next week..ggrrr..First task kteorang utk class ni adalah kteorang kene buat basic rendering dengan menggunakan pensil,pen dan marker.

ni antara contoh rendering yang menggunakan pensil
ni juga menggunakan pensil

ni pula adalah contoh rendering menggunakan pen
contoh rendering yang menggunakan marker..nilah problem utama yang dihadapi student termasuklah SJ sendiri.sbb?kteorang memang lemah nak blending colour guna marker.Bagi korang benda ni memang kacang tahap dewa tapi kalo task ni pon kteorang tak pas memang parah..teringat ayat lecturer pagi tadi task yang kteorang tengah buat ni juz warm up je..so korang paham2 je la kan..sekarang 1.47 am mata memang da layu tahap tak hingat next time SJ share lagi cite best2 pasal GRAPHIC (^_^)













 

ini cerita A.K.U Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review