Sunday, 9 January 2011

MalaySIA Vs InDonEsia

Posted by Unknown at 2:58 am 0 comments


salam-
waa da lame rasenya tak jenguk blog niy...rindu pon ada lepas SPM niy SJ duk umah jew tak g mane2..tapi SJ ada cite sikit..baru2 niy SJ ada join pasukan konvoi Melaka(hehe main2 jew) g Stadium Bukit Jalil menyaksikan perlawanan bola sepak( yang sebenar-benarnya merupakan pengalaman pertama SJ menyaksikan perlawanan bola sepak secara live)..perlawanan antara MALAYSIA DAN INDONESIA..dan SJ sangat excited al maklumla first time dalam hidup g Stadium Bukit Jalil..konvoi kami bertolak dari Melaka kira2 pukul 9 pagi dan sampai di Klang waktu makan tengah hari..kami menginap di rumah saudara di Klang(safe money maa..x yah sewa bilik hotel makan pon free la jawabnya..)

lepas makan..lepas solat..konvoi kami pon gerak seawal jam 5.30 petang(bukan ape takut jalan sesak kang tempat parking pon x de)..kedatangan kami disambut oleh keriuhan dan hiruk-pikuk daripada ribuan penyokong Malaysia dan Indonesia..paling ketara sekali da tentulah penyokong Malaysia yang ternyata terlebih bersemangat..sampaikan SJ yg bukan gila bola niy pon dapat rasa bahangnya..agak2 nak dekat jam 7 malam para penyokong da mula bersesak2 nak masuk dalam stadium..dan yg paling malang sekali kaum hawa mcm SJ niy yang gatal sangat nak g tengok perlawanan bola niy kat stadium terpaksa bersesak-sesak gak dengan kaum adam yang ternyata bilangannya lagi ramai daripada kaum hawa.. SJ anggarkan "ratio"nya 6:1..apa2 pon  SJ akan pikir dua kali sebelum buat keputusan nak g tengok bola sepak kat stadium next time..(tobat2)

suasana di dalam stadium dua kali ganda meriahnya..suasana yang SJ memang tak pernah lalui sebelum ini..penyokong Malaysia tersangatla bersemangat malam tu termasukla my daddy..macam2 yang jadi sepanjang perlawanan berlangsung..adegan penyokong baling botol la..adegan lazerla..yang paling membuatkan penyokong marah bila tetiba jew perlawanan di hentikan sebab penjaga gol Indondesia tak puas hati sebab ada penyokong Malaysia yang halakan pancaran laser betol2 kat muka dia(memang tak patut betol r sape yg wat tu nk jew SJ sound)..tapi walau ape pun penyokong Malaysia pulang dengan hati yang gembira dan puas sebab Pasukan Malaysia berjaya tumpaskan Indonesia dengan jaringan 3-0..kira berbaloi la SJ g sana..

sempat gak la konvoi kami bergambar di sana..sebagai kenangan...okay la sampai di sini je dulu SJ pon da penat nak taip niy..agak panjang jugak la post SJ kali ini..jumpa lain kali....












Wednesday, 15 September 2010

Sekadar coretan

Posted by Unknown at 1:26 pm 0 comments
Kejap je masa berlalu..tup tup da masuk hari ke-6 kita menyambut Hari Raya Aidilfitri.SJ ada sedikit cerita yag nak dikongsikan...sehari sebelum hari raya SJ tolong abah  sembelih ayam(tolong pegang je la) ....selama 17 tahun hidup di atas muka bumi Allah ni baru SJ tahu ayam betina tak de taji kat kaki..ya allah betapa banyaknya ilmu kat dunia ni yang masih SJ tak tahu...

lepas ayam tu kena sembelih SJ tak tau kenapa tergerak kat hati ni nak tengok ayam tu..ayam tu meronta-ronta..azabnya ketika hendak mati...pedih..sakit..seksa..tu baru ayam yang mati..tiba-tiba SJ terfikir...

macam mana la keadaan ketika SJ temui ajal kelak..

sedangkan manusia yang paling suci..yang paling mulia disisi Allah S.W.T..Nabi Muhammad S.A.W ketika ajalnya..tidak tertanggung sakitnya ketika roh hendak dikeluarkan daripada jasad..begitu pedih..sakitnya seperti kulit disiat-siat....
cuba bandingkan dengan diri kita,umat akhir zaman yang bergelumang dengan dosa dan maksiat.....insaf2

















reAD THis_2

Posted by Unknown at 12:58 pm 0 comments
I'm not a perfect girl
my hair doesn't always stay in place
and I spill things a lot.
I'm pretty clumsy
and sometimes I have a broken heart
my friends n I sometimes fight
and maybe someday nothing goes right
but when I think about it
I remember how amazing life truly is
I like being unperfect.............

Friday, 27 August 2010

ReAd THis_1

Posted by Unknown at 2:22 am 0 comments
"Ilusi tidak akan menjadi satu kenyataan
kerana ilusi hanyalah sebuah angan2
tetapi angan2 tidak semestinya tidak boleh
menjadi satu kenyataan
kerana segala yang berlaku
bermula dengan satu angan2"

Apa salah aku?

Posted by Unknown at 2:08 am 0 comments
Adakah aku yang harus dipersalahkan
Setiap yang kau lakukan
Setiap yang kau ucapkan
Mengapa harus aku yang dipersalahkan

Dalam kegelapan malam
Seorang diri tanpa teman
Aku mencari-cari
Apa sebenarnya kesalahan diri ini
Sehingga hubungan antara kau dan aku
Bagaikan sebuah sampan kecil
Yang tenggelam, Yang musnah
Akibat ombak kekecewaan
Menghempas tanpa belas kasihan

Aku keliru dengan sikapmu
Aku mahukan penjelasan dari dirimu
Apa sebenarnya kesalahanku
Sehingga setiap yang kau lakukan
Seperti mahu menghukum aku

Apa salah aku???....

Monday, 14 June 2010

Puisi aman untuk LAKNAT

Posted by Unknown at 12:58 am 0 comments
Wahai rejim laknat
kocak dan riak ombak lautan dunia
adalah teman akrab kelasi-kelasi kudus
menjadi saksi kepedulian insan
yang kalian cabul dengan rakus kuasa

Nah,aku puisikan propaganda itu
dengan nama kemanusiaan
dan peluru-peluru hidup kalian
aku kumpul dalam doa laknat,cis!

Hoi rejim dunia!
sekatlah nafsu Zionis kalian
biar kapal-kapal relawan tenang
berlabuh menjadi hikmah
biar tebing itu riang
tanpa pesta hanyir darah atau kecai daging
dan kalian tidak rugi melihat air mata syukur
membasahi subur bumi Gaza.

Oh,Zionis laknat
nyahlah sebatian zalim dalam kuasamu
kerana dunia tidak lagi buta melihat kegilaan
tidak lagi pekak mendengar kerakusan
tidak lagi bisu mengutuk kekejaman.


Hasil nukilan
N Faizal Ghazali
Kota Bharu,Kelantan


Friday, 11 June 2010

Sekadar coretan

Posted by Unknown at 1:11 am 0 comments
Salam.....setelah sekian lama baru ari ni SJ berkesempatan utk menjeguk blog ni..dan byk cite yang SJ nk kongsi.....
begitu banyak yang SJ pelajari sehingga ke hari ini..semakin SJ membesar semakin banyak yang SJ pelajari tentang makna sebenar kehidupan..SJ pelajari makna sebenar ikatan persahabatan..kadang2 masalah yang timbul membuatkan kita begitu hampir dengan seseorang tanpa kita sedar..dan tanpa kita sedar juga kita telah menyakiti hati orang tu..kalo boleh benda tu laa yang kita nak hindari tapi sbgi manusia biasa yang byak kelemahan hanya perkataan maaf sahaja yang mampu dilafazkan..
sahabat...
sahabat laa yang banyak mewarnai kehidupan SJ selain keluarga..sahabat laa orang yang paling banyak membantu SJ..yang memberi kata2 semangat dan dorongan..tapi sbgi insan biasa yang begitu kerdil sudah tentu byk hati teman yang telah SJ lukakan tanpa disedari..buat teman2 diluar sana yang mengenali diri ini..SJ ingin memohon keampunan dari kalian..terutama teman2 di Smk Dato' Dol Said dan MJSC Kuantan...nama kalian akan tetap terpahat di ingatan....
 

ini cerita A.K.U Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review